Monday 27 February 2012

Sahabat Dunia Dan Akhiratku... :)

Assalamualaikum..

Syukur kehadrat Illahi dgn berkat kurniaanya kita dapt bersua kembali..
Hari ini ingin saya kongsikan sedikit sebnyak tentang Sahabat-Sahabat saya..
Sejak dibangku sekolah lagi.. jujur saya katakan yang saya tidak mempunyai kawan
bukan kerna apa, saya terlalu berjaga-jaga dalam memilih kawan.. Sewaktu dialam sekolah rendah
Saya hanya mempunyai kawan perempuan sahaja.. bukan playboy atau apa cuma, masa itu pada pandangan saya lelaki ni ganas, panas baran, kuat melenting, dan melawan, suka menyakat dan  membuli dan macam-macam lagi lah yang pastinya semua negatif. huh! paling lucunya bila berkwn dgn permpuan ni.. mereka mudah terasa dan terlalu mengikutkan emosi... jadi sifat saya sedikit sebnyak terpengaruh dengan sifat mereka, sihingga kini.. sifat itu masih tersemat dalam jiwa saya. haha.. jujur saya katakan yang saya mudah terasa, cepat beremosi, dan senang tersentuh.. huhu....

Selesai sahaja sekolah rendah, saya naik kesekolah menengah... harapan dalam hati nak cari kwn bnyak-bnyak.. tak kira sama ada lelaki dan perempuan disini mula lah saya berkawan dengan lelaki... kawan lelaki pertama saya bernama Muhammad Harith, beliau sabenarnya saya kenal dari sekolah rendah lagi. huhu.. hurm, tak sangka sekelas dengan dia lagi. huhu.. hurm di awal persahabatan kami bnyak benda terjadi, maklumlah tidak pernah kawan dengan lelaki, susah nak memahami hati mereka. huhu.. akhirnya saya mengambil keputusan nak berkwan dengan perempuan semula.. hurm.. susah tol lah kawan dengan lelaki niy..huhu  saya terus berkwan dengan perempuan sampailah saya di tingkatan4.. lama sungguh kan.. 10 tahun sy dialam persekolahan dan sy cuma berkawan dengan perempuan sahaja, huhu... 

Sampailah saya berusia 16tahun.. barulah saya ada seorang kawan lelaki.. beliau merupakan cikgu sekolah saya.. yang saya anggap dia kawan baik saya... haha bunyinya agak keterlaluan bukan..?? dia terlalu baik pada saya..  hurm kisahnya begini.. Beliau merupakan guru baru di sekolah saya.. pada awalnya saya dan geng2 perempuan saya, suka menyakat dia. sebab dia sangat pendiam dan agak tidak berperasaan.. orang buat apa pun dia tiada tindak balas.. orang ejek ke, orang kutuk ke. dia hnya senyum dan mendiamkan diri..timbullah satu perasaan tidak selesa terbuku dihati.. kenapa dia macam tu? kenapa dia tidak ambil kisah dan peduli... rasa bersalah tibul meluak-luak di hati ini. huhu... 

Tibalah satu hari.. Nama saya dipanggil-panggil sayup sekali nadanya, tapi dapat saya cam dengan jelas, milik siapa suara itu.. Dia datang sambil tersenyum lalu meminta pertolongan dari saya.. dengan hati yg senang dan terbuka saya menerima permintaan dia.. sejak dari peristiwa tersebut.. saya mula rapat dagn cikgu tersebut.. sehingga kini saya dan dia masih berhubung antara satu sama lain.. dan harapan saya pada dia biarlah perhubungan ini berkekalan buat selama-lamanya... :) Amin.. Ya Rabbal Alamin... :)

 Sekian saja coretan saya pada hari ini... semoga jumpe lagi.. Assalamualaikum... :)





 Nilah Gambar Saya Dan Cikgu Kesayangan saya En.Baharin

Sunday 26 February 2012

saya Masih baru.. Dan perlukan Masa Dan Ruang Untuk Belajar..

Assalamualaikum...


Hai.. Nama Saya Muhammad Afiq.. Saya masih baru disini.. Saya teringin nak buat blog ni sebab ramai kawan-kawan saya dah ada blog sendiri.. macam-macam diaorang buat.. kongsi bersama.. jadi sy teringinlah nak buat sekali... :D.. Harap Blog ni dapat Membantu saya dlam mengarang. Sama ada dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. hehe...

Sedikit Sebnyak Tentang Saya..

Nama Diberi Muhammad Afiq Bin Ramlan.. Saya dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang yang di singkatkan namanya HTAR.. Saya dilahirkan pada tanggal 12 jun 1993.. bermakna sya baru sahaja mencecah 19 Tahun.. haha Dah tuakan.. sy ni.. hurm.. semoga dgn meningkatnya umur sy ni..Saya lebih matang dan pandai berdikari.. maklumlah selama sy belajar tidak pernah tinggal di Asrama.. semua ditanggug 100% oleh Mak dan Abah.. sy tersayang.. hehe. :D..
Saya merupakan anak ke tiga dari lima Orang adik beradik.. Saya mempunyai 2 orang abang dan 2 orang adik. Abang pertama saya bernama Muhammad Atif, berusia 22 tahun, 3 tahun tua dari saya.. manakala Abang kedua sy pula bernama Muhammad Ammar beliau pula berusia 20 tahun.. manakala adik keempat pula bernama Aina Mardhiah dan berusia 17 thun.. tahun ni beliau mengambil pepriksaan  Sijil Pengajian Melaysia.. iaini SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor, dan adik saya yang terakhir pulak Bernama Anis Farhana  dan berusia 15 tahun, beliau juga akan menduduki peperiksaan juga tahun ni.. huhu... Ayah Saya pula bernama Ramlan Latun dan ibu saya tercinta pula bernama Sabarinah Shamsuddin.. Syukur Alhamdulillah, Kami sekeluarga  hidup dlam keadaan Harmoni, aman, damai dan bahagia.. :D..
Kami sekeluarga tinggal di Taman Desa Subang Seksyen U5 Shah Alam.. kami sudah tinggal di sana hampir 10 tahun.. sebuah rumah teres 2 tingkat dan selesa.. Syukur ke hadrat Illahi.. :D.. sedikit latar belakang mengenai pendidikan saya pula, dahulu sy bersekolah di SKSB.. tidak jauh mana pun dari rumah kediaman saya.. Manakala sekolah menengah sy pula,saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan seksyen 4 Kota Damansara. jaraknya dr rumah mengambil masa.setingah jam perjalanan.. huhu.. dan kebiasaanya sy menaiki bas ke sana. setelah tamatnya zaman persekolahan sy menyambung pengajian saya di Technology Park Malaysian collage Bukit Jalil.. disana, Saya ,mengambil bidang Diploma Biotechnology.. huhu.. sy tidak mempunyai apa2 pengalaman pun dalam bidang sains tulin ini, sebab masa di sekolah menengah dulu sy di dlam kelas Sians Sukan.. langsung tiada kena mengena dagn bidang  Sains tulin ni. huhu.. 
 sudah 2 semester saya disini.. Alhamdulilh. setakat ni saya masih mampu bawak lagi bidang ni. syukur kehadrat illahi. :).. disana Saya memegang jawatan sebagai ahli jawatan kuasa perwakilan pelajar dalm tugasan Kebajikan dan Aduan... 

Sekian Wassalam.. :)